Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Doa kesyukuran sempena Hari Puja Usia KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Doa kesyukuran sempena Hari Puja Usia KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid hadir di Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 7 Oktober. – Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam. Majlis tersebut diadakan di Surau Kementerian Pembangunan.

Hadir ke majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Turut hadir ialah Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, divisyen dan unit, serta para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

3_Doa kesyukuran sempena Hari Puja Usia KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri.jpeg

SEBAHAGIAN daripada para jemputan perempuan yang hadir.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Asar berjemaah yang diimamkan oleh Pengiran Muhammad Faizal Akhbar bin Pengiran Salleh, dan diikuti dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Majlis ini adalah bertujuan untuk memperingati ulang tahun Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dengan merafakkan doa semoga Baginda dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dalam keberkatan serta dilimpahi rahmat dan kasih sayang daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Attachments